Copy
Isu No. 9: 13 Mei 2019

Selamat Datang ke Surat Berita Delta 8.7!

Bulan ini kami akan bercakap tentang Kod 8.7 Laporan Persidangan, perbincangan pakar tentang pendekatan tempatan terhadap perhambaan moden, kisah data interaktif baharu, cabaran dan amalan terbaik bagi kaedah penyelidikan, kepentingan asas bukti yang kukuh, serta Gambaran Keseluruhan Tematik tentang penguatkuasaan undang-undang. 
Code 8.7 Laporan Persidangan
Code 8.7 Laporan Persidangan yang telah diterbitkan baru-baru ini menyediakan ringkasan bagi persidangan Code 8.7 yang diadakan selama dua hari pada bulan Februari 2019. Persidangan tersebut, dianjurkan oleh Delta 8.7, The Alan Turing Institute, Computing Community Consortium, Tech Against Trafficking, Rights Lab dan Global Security Initiative di Arizona State University, telah menghimpunkan komuniti kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, sains pengkomputeran dan antiperhambaan. Sepanjang dua hari itu, lebih daripada 30 penceramah dan 120 peserta telah membincangkan tentang cara teknologi ini boleh digunakan untuk menghapuskan buruh paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak sejajar dengan Sasaran 8.7 Matlamat Pembangunan Lestari.  
 
Laporan itu menyerlahkan beberapa perbualan penting yang berlangsung selama lebih dua hari persidangan tersebut, termasuk tentang cara terbaik untuk menggabungkan Data Besar dan Data Kecil, kemungkinan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pengenalan kendiri mangsa yang terselamat dan peranan penderiaan jauh satelit, perkomputeran kumpulan dan peta digital terbuka untuk menggambarkan lokasi perhambaan dengan lebih baik lagi, dan langkah seterusnya untuk kerjasama yang berterusan antara komunti antiperhambaan dan teknologi. 
 
Maklumat lanjut tentang acara tersebut, termasuk pembentangan video dan penceramah, boleh ditemui pada halaman Code 8.7.
Simposium: Pendekatan Tempatan kepada Perhambaan Moden
Dalam Delta 8.7 Simposium tentang Pendekatan Tempatan kepada Perhambaan Moden yang terkini, kami telah meminta Dr Alison Gardner tentang Rights Lab di University of Nottingham untuk membincangkan tentang usaha Program Komuniti Bebas Perhambaan dan untuk mengetengahkan beberapa amalan yang berpotensi dalam konteks UK.  Kami juga menjemput empat lagi pakar—Nathaniel Erb daripada Erb & Associates, Megan Tackney daripada Humanity United dan Amanda Finger serta Annie Miller daripada Laboratori untuk Membanteras Pemerdagangan Manusia untuk memberi respons kepada usaha Gardner dan membincangkan tentang pengalaman mereka sendiri dalam menentang perhambaan moden serta pemerdagangan manusia di peringkat tempatan di Amerika Syarikat. 
 
Baca semua hasil mereka, termasuk hasil respons akhir Gardner, di sini
Kisah Data Perhambaan Moden di Earthtime

Untuk menyerlahkan tindakan dan usaha global untuk mencapai Sasaran 8.7, kami telah bekerjasama dengan EarthTime—sebahagian daripada Robotik Komuniti, Makmal Pemerkasaan Pendidikan dan Teknologi (CREATE Lab) di Carnegie Mellon University—untuk membuat Kisah Data Perhambaan Moden
 
Dengan menggunakan set data daripada ILO, IOM, Walk Free Foundation, SmartLab, UK Government, Delta 8.7, digabungkan dengan imej satelit NASA, projek ini menceritakan kisah unik dan interaktif tentang kelaziman perhambaan moden dan buruh kanak-kanak serta usaha untuk menghapuskan jenayah ini.
 
Terokai kisah interaktif di sini:
Kisah 1: Kelaziman Perhambaan Moden dan Buruh Kanak-Kanak
Kisah 2: Usaha Kerajaan untuk Menamatkan Perhambaan Moden

Delta87.org kini disediakan dalam bahasa Melayu & Portugis
Selain bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol, tapak web Delta 8.7 kini disediakan dalam bahasa Melayu dan Portugis!

Terokai tapak web dalam bahasa Melayu. 
Terokai tapak web dalam bahasa Portugis. 
Dan banyak lagi... 
ARTIKEL FORUM BAHARU
 
Menggambarkan Cabaran dan Amalan Terbaik untuk Kaedah Penyelidikan untuk Menyiasat Buruh Paksa, oleh Genevieve LeBaron, University of Sheffield
 
Untuk menghapuskan buruh paksa, kami perlu memahami bentuk dan coraknya dalam lingkungan ekonomi global. Jadi bagaimanakah kami boleh menyelidik tentang buruh paksa dengan cara yang teliti, beretika, boleh dipercayai dan selamat? baca selanjutnya >>
 
ARTIKEL FORUM BAHARU 
 
Sistem Sosial, Ruang dan Temporal Di Sebalik Pemerdagangan Manusia, oleh Ella Cockbain, University of College London dan Andrew Wallis, Unseen
 
Tanpa asas bukti yang kukuh tentang pemerdagangan manusia, responsnya menghadapi risiko dibentuk oleh mitos, stereotaip, andaian dan agenda. baca selanjutnya >>
 
GAMBARAN KESELURUHAN TEMATIK BAHARU: 
Penguatkuasaan Undang-Undang
 
Baca gambaran keseluruhan tentang peranan penguatkuasaan undang-undang dalam menyiasat, mendakwa dan menentang perhambaan moden, pemerdagangan manusia, buruh paksa dan buruh kanak-kanak. baca selanjutnya >>
Sorotan & Berita
  • Kisah Data Perhambaan Moden telah ditampilkan dalam UN News dan di SDG Media Zone di Forum Belia UN (8-9 April) di New York, apabila kami telah menunjukkan kisah interaktif kepada peserta Forum termasuk Presiden UN ECOSOC dan Utusan Belia Setiausaha Agung UN.
  • Delta 8.7 telah menyertai; 
Facebook
Twitter
Website
Email
Surat berita ini dihasilkan oleh Delta 8.7 - Platform Pengetahuan Perikatan 8.7, sebuah projek Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan sumbangan kepada Alliance 8.7.

Delta 8.7 membantu pelaku dasar memahami dan menggunakan bukti untuk mengguna pakai tindak balas dasar yang akan menyumbang untuk mencapai Matlamat 8.7 Matlamat Pembangunan Mapan PBB.
Copyright © 2019 Delta 8.7 (Centre for Policy Research at UN University), Creative Commons Attribution-Noncommercial-Share Alike IGO license (CC BY-NC-SA 3.0).


Want to change how you receive these emails?
You can update your preferences or unsubscribe from this list.