Copy

✊ KitaJaga x BTS ✊

 

Hai Cikgu Cikgi Sekolah!

Anda tahu tentang kempen Kitajaga x BTS?!!

Apa itu BTS?!! BTS atau Back to School adalah salah satu platform bagi membantu anak-anak yang memerlukan dengan melengkapkan keperluan sekolah & menceriakan hari persekolahan mereka.

Mesti banyakkan baju- baju, beg, kasut, pen dan buku yang tak terpakai?


Apa kata salurkan di laman web https://kitajaga.co/btsMenderma atau Menjual? Pilihan di tangan anda! Tapi, ingat! Letakkan harga yang berpatutan yaaa

Memandangkan kebanyakan pelajar kini belajar dari rumah semasa musim pandemik, semestinya banyak pakaian-pakaian sekolah atau pun barangan sekolah yang tidak terpakai namun masih boleh digunakan. Haa, nak buang ke barang-barang tersebut?

Berita baik! KitaJaga ada jalan penyelasaian menyelesaikan masalah pembaziran barangan sekolah! Tak perlu buang! Jom beri atau jual barangan sekolah terpakai tadi di https://kitajaga.co/bts 

Eh, mesti banyak persoalan yang timbul, samada  "Apakah yang boleh saya derma/jual?" atau "Bagaimana jika penderma/penjual adalah penipu?" 

Jangan risau, team kami akan memastikan privasi anda terjaga.

Adakah saya perlu menderma?

Tidak, pilihan terletak pada pengguna sama ada untuk menderma atau menjual semula barangan tersebut. Tetapi ingat! Harga yang dipamerkan seharusnya berpatutan kerana matlamat kami adalah untuk membantu komuniti yang memerlukan dan menceriakan hari persekolahan anak-anak.

Apakah jenis barang yang boleh diderma atau dijual semula?

Kami membenarkan segala jenis barang asalkan ia adalah barangan sekolah. Sebagai contoh, beg galas sekolah, alat tulis, pakaian sekolah, kasut sekolah dan banyak lagi! Lebih banyak lebih meriah 

Adakah kempen Back to School berfungsi sama seperti menaikkan bendera putih / ungu di KitaJaga.co?


Tidak, ia tidak sama dengan pergerakan bendera ungu dan putih kerana pengguna boleh memilih samada untuk menjual atau menderma barangan melalui KitaJaga.co/bts. Mereka boleh meletakkan harga, keadaan dan gambar untuk memudahkan pengguna lain untuk meninjau barangan tersebut. 

Adakah KitaJaga menyediakan central points untuk orang ramai mendermakan barangan sekolah? Atau titik pengambilan berdasarkan pilihan pengguna?

Titik pengambilan adalah berdasarkan pilihan pengguna. Pengguna boleh berurusan dengan penderma/penjual untuk tempat pengambilan yang paling mudah untuk kedua-dua pihak. KitaJaga tidak menyediakan pusat untuk menderma barangan kerana kami adalah platform untuk menggalakkan penyebaran bantuan.
 

Syarikat saya mempunyai banyak bekalan sekolah yang di- reject . Bagaimana kami boleh menyertai gerakan KitaJaga?

Sila hubungi kami melalui e-mel di kitajaga@terato.com ! 

Bolehkah saya mempercayai pengguna?

Sebelum anda memberi atau mengambil barangan, anda boleh menghubungi pengguna melalui panggilan telefon, WhatsApp atau Telegram untuk mengesahkan barangan tersebut. Jika pengguna mencurigakan, anda boleh melaporkan kepada kami melalui butang aduan.
 

Bolehkah saya memadamkan item saya selepas saya menderma/menjualnya?

Sudah tentu!

  • Pergi ke senarai anda dan klik item anda
  • Klik padam
  • Masukkan token anda dan klik "Padam Pin"

Tada! Pin anda telah berjaya dipadamkan daripada website


Bagaimana jika penderma/penjual adalah penipu? 

Oh tidak! Bagaimana? Jangan risau! Anda boleh melaporkannya melalui pin. Klik pada butang aduan dan isikan maklumat yang diminta dengan lengkap. Kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin. KitaJaga tidak akan menjadi memberi muka dengan mana-mana penipu! Mereka akan disenaraihitamkan daripada sistem.

Selamat menderma & menjual!

P/s: Sila berikan barang dalam keadaan baik kerana kita tidak mahu mengecewakan mana-mana pihak, bukan?

dan ya..

kempen ini bukan kerjasama dengan Kumpulan penyanyi dari Korea ‘itu’

Klik roket di atas untuk melayari BTS kempen!
Jangan lupa klik kotak di atas juga untuk mengetahui soalan-soalan yang popular  
Jom bantu sebarkan kempen ini kepada keluarga dan rakan-rakan 
Klik pada butang di bawah

"Satu share, memberi satu senyuman" 
Facebook
Twitter
Website
Email
Instagram
Copyright © *kitajaga.co*, All rights reserved.

Our mailing address is:
kitajaga@terato.com

Want to change how you receive these emails?
You can update your preferences or unsubscribe from this list.
 






This email was sent to <<Email Address>>
why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
KitaJaga · 805A 1st Floor Bangi Business Park Off · Persiaran Kemajuan, Taman Persiaran Bangi · Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 · Malaysia

Email Marketing Powered by Mailchimp