Copy
"Not All Heroes Wear Capes"
" Pada Awal-Awal Kemunculan KitaJaga kira-kira pada Julai 2021"

Memandangkan keadaan yang kian tenat, terdapat segelintir rakyat sudah pun berserah, keluh kesah di sana sini, menempuh hari-hari yang sukar tanpa pendapatan, tanpa tempat tinggal, tanpa bantuan, tanpa sokongan moral dan harusnya bagaimana untuk meneruskan kehidupan yang semakin sempit di samping memikirkan tentang tanggungan, anak, isteri dan keluarga di kampung.

Namun masih ada yang sudi membantu diluar sana. Memberi sinar harapan kepada golongan yang tidak bernasib baik. Membantu dari segi kewangan, makanan, tempat tinggal mahupun sokongan moral amatlah penting pada waktu yang kian genting ini. Begitulah juga cerita mengenai seorang hero (nama diminta dirahsiakan) yang membantu tak kira agama, bangsa dan budaya. Bagi beliau, membantu golongan yang tidak bernasib baik adalah sangat penting demi kelangsungan hidup seseorang, bersama-sama meringankan beban ibarat

Berat Sama Dipikul Dan Yang Ringan Sama Dijinjing
Sinar Bantuan
 
Menerusi laman sesawang Kitajaga.co merupakan salah satu platform untuk memudahkan golongan yang tidak bernasib baik meminta atau mencari bantuan dan juga memudahkan pencarian bagi yang ingin membantu, seorang hero ini, menggunakan platform KitaJaga.co untuk menghulurkan bantuan di mana beliau mengagihkan bekalan makanan dan sedikit kewangan bagi menampung kelangsungan hidup malah beliau turut menawarkan pekerjaan bagi yang memerlukan.

Beliau pada mulanya mendapat tahu mengenai laman sesawang
KitaJaga.co melalui rakan-rakannya yang menghantar pesanan tersebut kepada beliau. Pada awalnya beliau hanya sekadar membelek laman sesawang tersebut dan kemudian terdetik untuk membantu kerana dilihatnya banyak bendera putih dikibarkan di sekitar kawasan beliau. Bermula di Bangsar, beliau telah menghubungi seramai 14 keluarga yang memerlukan bantuan dan bertanyakan mengenai bantuan apa yang diperlukan oleh mereka.

Bersama-sama dengan isteri dan adik beradik beliau , mereka pergi ke pasar raya berdekatan untuk menyediakan barangan dapur bagi membantu 14 keluarga tersebut. Ditemani hujan  yang membasahi bumi, beliau bersama isteri dan adik beradiknya pergi ke alamat yang diberikan untuk mengagihkan bekalan. Selain menghulurkan bantuan, beliau turut bertanyakan khabar dan berborak serba sedikit mengenai situasi kini, apakah punca kehilangan pendapatan dan memberi sedikit sokongan moral. Ada juga yang menghubungi beliau meminta sedikit sumbangan wang mahupun pekerjaan. Namun beliau lebih cenderung untuk memberi bantuan dalam bentuk barang  agar tidak disalah gunakan bantuan yang diberikan.
Memberi satu pertolongan memberi semangat menolong yang lain
Usai memberi bantuan, beliau bertekad untuk meneruskannya pada hari esok sehingga semampu beliau dan mendapat sokongan daripada isteri beliau, beliau meneruskan lagi usaha murni ini dengan menubuhkan Group Whatsapp yang diberi nama “kita bantu kitajaga”
Melalui group ini, beliau telah mendapat dalam 60 hingga ke 70 ahli yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk membantu dalam menjayakan misi kesukarelawanan ini. 
Wow , ramai bukan?
WeCare KitaJaga adalah Facebook Page yang terinspirasi dari KitaJaga.co
Usaha murni hero ini seharusnya mendapat pujian dan ada yang  sehingga memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga serta berterima kasih kepada beliau dan rakan sepasukannya kerana sudi membantu di kala waktu yang kian genting ini. Bantuan itu mungkin nampak tidak seberapa, mungkin kecil di pandangan orang lain, namun sangatlah besar maknanya bagi orang yang menerimanya. Kami disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada hero tersebut dan juga komuniti-komuniti yang sudi membantu dalam meringankan beban seseorang.
Inspirasi bukan kisah ini? Mahu menjadi hero juga? Jom jadi hero dengan menaikkan bendera ungu di KitaJaga.co. Tonton video di bawah melihat cara untuk mendaftar sebagai Ingin Bantu. Mari Bantu yang lain✊ !
Cara Daftar Ingin Bantu
Bagi yang memerlukan bantuan dan juga yang ingin menghulurkan bantuan, boleh layari laman sesawang Kitajaga.co. Jika anda ingin berkongsi cerita anda mengenai perjalanan anda membantu atau yang dibantu, sudilah bercerita pada kami di kitajaga@terato.com
Jom bantu sebarkan kempen ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Jangan lupa subscribe kami di Revue untuk mendapatkan "update" terkini dari kami.
Jumpa lagi!
Twitter
Facebook
Website
Email
Instagram
Nantikan artikel akan datang
Ada Apa Dengan NFT KitaJaga? 
Copyright © *kitajaga.co*, All rights reserved.

Our mailing address is:
kitajaga@terato.com

Want to change how you receive these emails?
You can update your preferences or unsubscribe from this list.
 






This email was sent to <<Email Address>>
why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
KitaJaga · 805A 1st Floor Bangi Business Park Off · Persiaran Kemajuan, Taman Persiaran Bangi · Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 · Malaysia

Email Marketing Powered by Mailchimp