Copy
View this email in your browser

Musibah Banjir 2 0 2 1

Tragedi 18 Disember 2021 memberikan tamparan hebat buat rakyat Malaysia lebih lebih lagi masyarakat yang terkesan akibat Banjir besar yang berlaku di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka.

Amaran Ribut Petir telah dikeluarkan di sebelah utara, selatan dan pantai timur Semenanjung Malaysia serta di Sabah & Sarawak.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan bahawa taburan hujan telah mencecah 380mm. "Jumlah ini adalah lebih dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini iaitu kira-kira 180mm. Air pasang di kawasan terbabit banjir pula mencecah hingga 4.5 meter," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor hari ini.

Setakat ini, kejadian banjir susulan fenomena musim Monsun Timur Laut itu telah mengorbankan banyak nyawa, manakala banyak dilaporkan hilang dan dikhuatiri dihanyutkan oleh arus deras. Kawasan perumahan juga turut ditelenggami air, ada yang musnah sepenuhnya akibat bencana tersebut. Selain itu, kita dapat juga lihat ramai mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir, ada yang menyelamatkan diri di atas bumbung rumah, ada juga ibu mengandung dan anak kecil serta ibu bapa yang uzur dibiarkan tanpa bantuan selama beberapa hari.

Rintihan mangsa yang memerlukan bantuan di sosial media telah didengari oleh pihak Kitajaga.co. Justeru, pihak Kitajaga.co dengan pantas melancarkan Banjir Mode bagi memudahkan mangsa untuk menaikkan bantuan yang diperlukan.
kitajaga.co/banjir
KitaJaga P E K A
Banjir Mode

Banjir Mode diperkenalkan khas untuk mangsa - magsa banjir dan sukarelawan banjir, di mana, ia dapat memudahkan pencarian mangsa banjir, membantu mangsa banjir untuk menaikkan pin Perlu Bantuan dan bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan juga boleh menaikkan pin Ingin Bantu.
KitaJaga.co mengambil tindakan pantas dengan menambah kategori baru di KitaJaga.co iaitu:
- Bantuan Banjir Kilat 
- Bantuan Kenderaan
- Sukarelawan Banjir
- Peralatan Mencuci

- Pusat Pengumpulan

Kategori ini membantu pengguna untuk memilih jenis bantuan yang ingin diterima ataupun diberi.
 
Pusat Pengumpulan 

KitaJaga.co menambah kategori baru bagi membantu mangsa banjir yang terjejas untuk mendapatkan barangan yang disumbangkan oleh orang ramai di kawasan yang berhampiran.

Bagi sesiapa yang  mempunyai pusat pengumpulan, anda boleh menaikkan pin Ingin Bantu di KitaJaga.co/banjir dan memilih kategori "pusat pengumpulan".  Ini boleh memudahkan orang ramai untuk mencari & menyumbang barangan ke pusat pengumpulan yang berdekatan.
KitaJaga.co juga telah melancarkan aplikasi Android tepat pada masanya bagi memudahkan lagi pengguna menggunakan platform kitajaga.co
"Untuk capaian yang lebih mudah dan pantas, boleh layari kitajaga.co di aplikasi App Store dan Play Store di telefon bimbit anda" 
Filtering

KitaJaga turut menambah baik platform dengan memperkenalkan fungsi baru iaitu "Filter" yang membolehkan pengguna menapis radius pin yang berdekatan mengikut kilometer dan kategori yang diingini.

Malah, pengguna juga boleh menapis dan mencari lokasi yang diingini agar lebih mudah untuk memperhalusi carian pengguna.
Tindakan pantas oleh team KitaJaga ini sedikit banyak dapat memberi sinar harapan kepada mereka yang terkandas dan terkesan akibat banjir. 

Pihak KitaJaga.co berharap dengan inisatif ini dapat meringakan beban penduduk Malaysia & gunakanlah platform ini dengan sebaiknya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, ataupun ingin menjadi sukarelawan banjir jangan lupa mendaftar pin anda di KitaJaga.co/banjir. 
kitajaga.co/banjir
#oneflagaday
Bantu satu bendera satu hari di KitaJaga.co!
Twitter
Facebook
Website
Email
Instagram
Jom bantu sebarkan kempen ini kepada keluarga dan rakan-rakan
Click Here to Subscribe
Copyright © *kitajaga.co*, All rights reserved.

Our mailing address is:
kitajaga@terato.com

Want to change how you receive these emails?
You can update your preferences or unsubscribe from this list.






This email was sent to <<Email Address>>
why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
KitaJaga · 805A 1st Floor Bangi Business Park Off · Persiaran Kemajuan, Taman Persiaran Bangi · Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 · Malaysia

Email Marketing Powered by Mailchimp